suria

Ratusan khinzir tercemar dikesan, cetus pandemik baharu tapi kerajaan China dakwa 'berjaya kawal keadaan'

Pencarian pusat penyebaran virus itu sedang giat dilakukan.

KERAJAAN China mencetuskan keresahan terhadap pandemik kedua selepas mendakwa mereka berjaya menangani virus baharu itu sama seperti dilakukan ketika penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Sebuah ladang khinzir di Yunyang Country, Chonquing didakwa menjadi punca penyakit African Swine Fever sekali gus mencetuskan pencarian pusat penyebaran virus tersebut.

Penyiasat menemui 298 khinzir tercemar di mana kesemuanya diangkut secara haram dari kawasan lain.

Penemuan itu mencetuskan pencarian ladang asal haiwan itu dibiak.

Sekiranya dibiarkan, virus itu berpotensi merebak ke jutaan khinzir lain.

Namun pegawai kerajaan negara itu menegaskan mereka berjaya mengawal keadaan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (UIE), penyakit African Swince Fever boleh disebarkan menerusi khinzir hidup mahupun yang sudah mati.

Tiada vaksin dan virus boleh disebarkan melalui makanan haiwan yang tercemar.

Mangsa yang dijangkiti virus itu mengalami kesukaran untuk bernafas dengan kulit bertukar kemerah-merahan selain batuk dan demam panas sama seperti simptom Covid-19. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain