suria

Harimau positif Covid-19, dipercayai dijangkiti pekerja zoo

Seekor harimau bernama Nadia disahkan positif Covid-19.

SEEKOR harimau di sebuah zoo di New York disahkan positif koronavirus (Covid-19), lapor National Geographic.

Editor National Geographic, Natasha Daly, buat pertama kalinya melaporkan haiwan dijangkiti virus itu menerusi satu perkongsian di Twitternya pada Ahad.

Daly berkata haiwan itu disahkan positif jangkitan tersebut di Bronx Zoo, sebulah zoo yang terletak di New York.

"Seekor harimau di Bronx Zoo disahkan positif Covid-19."

CNN melaporkan harimau tersebut yang dinamakan sebagai Nadia menunjukkan simptom batuk kering bersama dengan enam lagi harimau lain.

Namun kesemua haiwan itu menunjukkan simptom hilang selera makan tetapi masih berinteraksi dengan penjaga zoo.

Kesemua harimau itu dipercayai dijangkiti seorang pekerja zoo yang bersentuhan dengan haiwan terbabit.

Bronx Zoo dalam satu kenyataan berkata, mereka tidak pasti bagaimana penyakit itu tersebar kepada harimau tersebut kerana spesies berbeza boleh bertindak balas berbeza terhadap jangkitan baharu.

Penemuan baharu itu menimbulkan persoalan baru mengenai penylaran virus tersebut pada haiwan. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain