suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

8 rakyat Malaysia disyaki peserta perhimpunan tabligh di India ditahan cuba terbang pulang ke Malaysia

Lapan yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indera Ghandi Delhi itu dikenalpasti sebagai rakyat Malaysia. Foto: India Today

LAPAN individu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi Delhi sebelum berlepas ke Malaysia.

Mereka dikenal pasti sebagai rakyat Malaysia dan disyaki berada di negara itu bagi menghadiri perhimpunan tabligh Nizamuddin pertengahan bulan lalu.

Lapan rakyat Malaysia itu cuba menaiki penerbangan ehsan yang disediakan Malindo Air.

Mereka dikatakan telah bersembunyi di beberapa lokasi di Delhi dan berkumpul di lapangan terbang berkenaan pada Ahad untuk meninggalkan negara itu.

Sumber berkata, ketika ini mereka sedang disoal siasat dan mungkin akan diserahkan kepada pihak polis Delhi serta jabatan kesihatan untuk tindakan lanjut.

Sepanjang perintah lockdown di India, semua penerbangan telah dibatalkan.

Lebih 2,000 peserta termasuk dari Indonesia dan Malaysia menghadiri perhimpunan tabligh yang berlangsung pada 1 hingga 15 Mac lalu.

Setakat ini, 301 kes positif Covid-19 berkait langsung dengan perhimpunan itu di mana majoritinya menetap di markas tabligh sebelum pihak polis meminta mereka bersurai.

Perhimpunan itu menjadi lokasi panas merebaknya virus Covid-19 di negara itu.

Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri India telah menyenaraihitam 960 warga asing dan membatalkan visa pelancong melibatkan peserta program tabligh berkenaan. - India Today

India, tabligh, Nizamuddin

Artikel Lain