suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Didenda lebih RM4,000 jika tak pakai topeng muka, penduduk Texas boleh pakai skaf, bandana

Denda akan dikenakan sekiranya tidak memakai topeng muka. Foto REUTERS

PIHAK berkuasa di bandar Laredo, Texas berdekatan sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico mengenakan denda kepada mana-mana individu yang keluar dari rumah tanpa menutup muka mereka.

Tindakan itu dilaksanakan bagi menyekat penularan wabak Covid-19.

Penduduk tempatan kini perlu memakai sesuatu untuk menutup hidung dan mulut mereka apabila keluar ke tempat awam.

Jika tidak, mereka berdepan denda sehingga AS$1,000 (RM4,358).

Arahan tersebut berkuat kuasa pada Khamis, yang mana individu berusia lima tahun ke atas di Laredo perlu memakai topeng muka, skaf atau bandana apabila memasuki bangunan yang dibuka kepada orang awam.

Mereka juga perlu berbuat demikian apabila mengisi minyak atau menggunakan pengangkutan awam termasuk teksi dan perkhidmatan e-hailing. - Daily Star

Laredo, topeng muka, skaf, bandana

Artikel Lain