suria

Pemuda ragut nyawa sendiri kerana rasa sunyi ketika perintah berkurung dilaksanakan

Daniel bersama kakaknya Chelsea.

SEORANG lelaki berusia 34 tahun membunuh diri semasa perintah berkurung dilaksanakan kerana merasa kesunyian.

Sudah menjadi kebiasaan Daniel Furniss dari Crookhorn dekat Portsmouth akan keluar rumah setiap hari sebelum kerajaan mengumumkan perintah berkurung di negara itu.

Dia diarahkan untuk menjalani kuarantin selepas diklasifikasikan sebagai individu berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 kerana mempunyai penyakit kencing manis.

Malah kakak Daniel, Chelsea turut mendedahkan adiknya itu mengalami penyakit bipolar.

"Dia tinggal bersendirian dan akan keluar rumah setiap hari. Daniel ada penyakit kencing manis dan sejak perintah berkurung dilaksanakan dia tidak boleh keluar rumah.

"Jadi kami fikir mungkin itu punca dia membunuh diri. Kami berharap agar apa yang menimpa Daniel boleh memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai isu ini," kata Chelsea.

Daniel bergelut dengan penyakit bipolar sejak remaja dan dia juga tidak boleh bekerja kerana mempunyai masalah mental. - Dailystar.co.uk

bipolar, kencing manis, Covid-19

Artikel Lain