suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Awas! Robot soal siasat individu berkeliaran di luar rumah

Mana-mana individu yang ditahan perlu menunjukkan dokumen peribadi mereka pada kamera robot. Foto AFP

POLIS mula menggunakan robot yang boleh bercakap, yang akan menahan dan menegur sesiapa yang dikesan berkeliaran semasa perintah berkurung di Tunisia, utara Afrika.

Robot-robot di Tunisia dikawal dari jauh oleh pihak polis, dan mendekati mana-mana individu yang berada di jalanan.

Pada masa ini, penduduk di Tunisia hanya dibenarkan untuk keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan dan ubat-ubatan.

Mana-mana individu yang ditahan perlu menunjukkan kad pengenalan atau dokumen peribadi mereka pada kamera robot.

Bagaimanapun, tidak dipastikan berapa banyak robot pengawasan yang diberi bana PGuards, digerakkan di Tunisia.

Bercakap kepada BBC, pengeluar robot berkenaan, Enova Robotics berkata, perkara tersebut adalah sulit malah enggan mendedahkan kosnya.

PGuard merupakan robot yang digerakkan dengan empat tayar, dan mempunyai teknologi pengesan cahaya dan jarak.

Dalam satu insiden, seorang lelaki disoal sekiranya dia mengetahui tentang perintah berkurung dan menjelaskan dia mahu keluar membeli rokok.

"OK beli rokok, tapi cepat dan balik rumah," kata robot berkenaan. - Daily Star

robot, PGuard, Tunisia, Enova Robotics

Artikel Lain