suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masih ingkar, parti wanita separuh bogel diserbu

Polis mengadakan serbuan selepas mendapat aduan daripada penduduk tempatan mengenai bunyi bising. Foto ViralPress

POLIS mengadakan serbuan ke atas sebuah parti dadah di Phuket, Thailand, ketika dunia dilanda wabak Covid-19.

Parti tersebut melibatkan sembilan warga asing dan lima wanita tempatan pada Rabu.

Serbuan itu mendapati wanita hanya berpakaian bikini di kolam renang.

Kesemua mereka melanggar perintah berkurung bermula pukul 8 malam yang dikenakan di pulau itu.

Serbuan pihak polis susulan aduan penduduk tempatan kerana bunyi bising.

Dalam serbuan itu, seramai 14 individu ditahan, termasuk tiga lelaki warga Britain, masing-masing seorang warga Australia, Amerika dan Ukraine.

Selain itu, tiga wanita warga Ukraine dan lima wanita Thailand turut ditahan.

Phuket, yang merupakan salah satu destinasi percutian popular di dunia kini menduduki tangga keempat tertinggi bagi kes jangkitan Covid-19 di Thailand.

Dilaporkan, sebanyak 71 kes positif Covid-19 di Phuket. - Daily Star

parti, bogel, dadah, Phuket, Covid-19

Artikel Lain