suria

Bersalin semasa perintah berkurung, anak kembar dinamakan ‘Corona’ dan ‘Covid’

Pasangan suami isteri menamakan anak kembar mereka dengan Corona dan Covid. Gambar hiasan

SEORANG ibu menamakan anak kembarnya yang baru lahir dengan 'Corona' dan 'Covid', sebagai peringatan kepada pandemik Covid-19.

Preeti Verma berkata, nama anak lelaki dan perempuannya yang lahir pada Jumaat lalu, akan mengingatkannya mengenai apa yang berlaku pada minggu kelahiran mereka.

Anak lelakinya diberi nama Covid, manakala anak perempuan dipanggil Corona.

Memetik laporan Daily Star, Preeti berkata, mereka tidak akan melupakan kesulitan yang dihadapi pada masa ini, laporan Daily Star.

Wanita berusia 27 tahun dari Chhattisgarh, India itu memberitahu, wabak itu juga membawa beberapa kenangan manis.

Dia bagaimanapun mengakui bahawa dia mungkin menukar nama anak kembarnya apabila mereka semakin membesar. 

Preeti yang juga mempunyai anak perempuan berusia dua tahun berkata: "Waktu melahirkan anak itu berlaku seleoas berdepan dengan pelbagai kesukaran. Oleh itu, saya dan suami mahu menjadikan ia sebagai hari yang perlu diingati.

"Diakui virus tersebut berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak ini membuatkan semua orang memberi perhatian kepada kebersihan, sanitasi dan perkara-perkara baik yang lain," katanya. - Mirror

anak, kembar, Corona, Covid, Covid-19

Artikel Lain