suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berparti sakan sewaktu ‘lockdown’, aktres Nigeria terima kecaman hebat

Akindele dikritik hebat gara-gara menganjurkan parti sewaktu tempoh perintah berkurung (lockdown) di Nigeria. Foto: Twitter

AKTRES terkenal Nigeria, Funke Akindele dikritik hebat gara-gara menganjurkan parti sewaktu tempoh perintah berkurung (lockdown) sedang dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.

Parti di kediamannya di Lagos, diadakan untuk meraikan sambutan ulang tahun suaminya, penerbit JJC Skillz.

Akindele sebelum ini telah muncul dalam satu video bersama Pusat Kawalan Penyakit Nigeria bagi meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang wabak berkenaan.

Dia bagaimanapun mendakwa, tetamu yang menghadiri parti itu sudahpun berada di kediamannya selama dua minggu.

Di bawah pelaksanaan perintah berkurung, semua perhimpunan melebihi 25 individu telah diharamkan di Lagos, iaitu bandar terbesar di Nigeria, yang mempunyai kira-kira 20 juta penduduk.

Kritikan itu muncul kerana aktres berkenaan didakwa menunjukkan teladan yang salah kepada peminat dan juga masyarakat. - BBC.Com

aktres, Nigeria, lockdown, parti, Lagos

Artikel Lain