Senyum ‘sampai ke telinga’, wanita ceria didakwa bunuh datuk, nenek dengan kejam - Dunia | mStar

Senyum ‘sampai ke telinga’, wanita ceria didakwa bunuh datuk, nenek dengan kejam

Wajah tersenyum Katelyn Taylor selepas didakwa membunuh datuk dan neneknya. Foto Camden Police Department

SEORANG wanita berusia 28 tahun didakwa kerana membunuh datuk dan neneknya dengan kejam.

Dia bagaimanapun mengukirkan senyuman manis semasa gambarnya dirakamkan untuk rekod polis.

Katelyn Taylor 'senyum sehingga ke telinga' apabila fotonya diambil, selepas didakwa membunuh Eugene McDaniel, 82, dan Celeste McDaniel, 67, di kediaman mereka di Camden, Mississipi di Amerika Syarikat.

Mayat kedua-dua warga emas itu ditemui pada 23 Mac, dan Taylor ditahan sejurus selepas itu.

Dia didakwa dengan dua pertuduhan kerana membunuh.

Menurut laporan Jackson Sun, polis enggan mengulas mengenai bagaimana dua warga emas itu dibunuh termasuk motif pembunuhan. - Metro UK

bunuh , kejam , senyum , datuk , nenek

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain