suria

Bimbang jangkiti orang lain, jururawat positif Covid-19 bunuh diri

Daniela Trezzi membunuh diri selepas dijangkiti Covid-19. Foto Newsflash/Daniela Trezz

SEORANG jururawat membunuh diri selepas disahkan positif Covid-19 kerana bimbang akan menjangkiti orang lain.

Perkara itu didedahkan oleh persekutuan kejururawatan di Itali.

Daniela Trezzi, 34, pernah bertugas di barisan hadapan (frontliner) untuk kes Covid-19, di unit rawatan rapi (ICU) Hospital San Gerardo, di Lombard, iaitu wilayah Itali yang paling teruk terjejas.

Persekutuan Jururawat Kebangsaan Itali (FNOPI) mengesahkan kematian tragik petugas itu, dan mengatakan bahawa pekerja kesihatan mengalami banyak tekanan.

Keadaan emosinya dilaporkan bertambah buruk selepas didiagnosis dengan virus yang membawa maut itu, pada 10 Mac.

Menurut FNOPI seperti yang dimaklumkan oleh rakan-rakan jururawat itu, mangsa mengalami tekanan yang berat kerana bimbang akan menjangkiti orang lain. - Mirror

jururawat, bunuh diri, Covid-19

Artikel Lain