suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda buat cabaran jilat tandas kini dimasukkan ke hospital, positif Covid-19

Seorang pemuda yang menyahut cabaran menjilat mangkuk tandas, dilaporkan dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19. Foto Mirror UK

SEORANG lelaki merakamkan dirinya menjilat mangkuk tandas dalam 'cabaran koronavirus', kini dilaporkan terlantar sakit dihospital kerana dijangkiti virus itu.

Menerusi satu rakaman menggunakan aplikasi TikTok, seorang lelaki dilihat mendekatkan mulutnya di sekitar mangkuk tandas, sebelum menjilatnya.

Menurut Piers Morgan on GMB, lelaki berkenaan sedang menerima rawatan.

"Anda mungkin ingat mereka yang lain, ia juga berlaku di Amerika, sebagai cabaran koronavirus, masuk ke tandas dan menjilat mangkuk tandas.

"Saya fikir ia adalah karma, dia dapat Covid-19," katanya.

Pakar kesihatan mengkritik mereka yang menyahut cabaran itu sebagai satu tindakan amat tidak bertanggungjawab. - Mirror

jilat, tandas, Covid-19, cabaran, TikTok

Artikel Berikut

Artikel Lain