suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Jokowi meninggal dunia

(Gambar fail) Ibu kepada Joko Widodo iaitu Sudjiatmi Notomiharjo meninggal dunia pada petang Rabu. Foto Reuters

IBU kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi meninggal dunia di Surakarta, Jawa Tengah pada Rabu.

Ibu Jokowi, Allahyarham Sudjiatmi Notomiharjo meninggal dunia pada usia 77 tahun.

Seorang timbalan menteri, Budi Arie Setiadi mengesahkan perkara itu kepaada The Jakarta Post.

"Ibu presiden meninggal dunia di Surakarta pada pukul 4.45 petang (Rabu)," kata Budi pada Rabu.

Jurucakap Presiden Indonesia, Fadjroel Rahman mengesahkan kematian itu.

Setakat ini, Jokowi belum membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu termasuk mengenai punca kematian.

Biro akhbar pejabat presiden dalam satu kenyataan berkata, Jokowi berlepas dari Jakarta dan tiba di Surakarta pada pukul 5.52 petang Rabu. - The Jakarta Post

Artikel Lain