suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putera Charles positif Covid-19

Putera Charles disahkan positif Covid-19. Foto Reuters

PEWARIS takhta Britain, Putera Charles, disahkan positif Covid-19, perkara itu disahkan oleh pejabatnya pada Rabu.

Seorang jurucakap berkata, Prince of Wales berusia 72 itu menunjukkan simptom tetapi dalam keadaan baik.

Isteri baginda, Duchess of Cornwall, 72, turut menjalani ujian Covid-19 tetapi tidak dijangkiti virus itu.

Kediaman rasmi putera itu, Clarence House berkata, Charles dan Camilla kini menjalani kuarantin sendiri di Balmoral, sambil menambah bahawa putera tersebut bekerja dari rumah sejak beberapa hari lalu.

Menurut satu kenyataan rasmi, ia berkata: "Mengikut nasihat kerajaan dan perubatan, putera dan duchess kini menjalani kuarantin di kediaman baginda di Scotland.

"Ujian itu dijalankan oleh NHS (Khidmat Nasihat Kebangsaan) di Aberdeenshire, di mana mereka memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjalani ujian.

""Tiada kemungkinan untuk menentukan punca baginda mendapat jangkitan itu disebabkan banyak pertemuan semasa menjalankan tugas sejak beberapa minggu lalu," menurut kenyataan itu. - BBC UK

Artikel Lain