suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki jilat barang ‘toiletries’ di pasar raya sambil jerit ‘siapa yang takut dengan koronavirus’ akhirnya dicekup

Lelaki yang selamba melakukan perbuatan jijik itu ditahan selepas rakaman videonya tular di media sosial. Foto: Metro.co.uk

LELAKI yang melakukan perbuatan jijik dengan menjilat barang-barang penjagaan peribadi (toiletries) di sebuah pasar raya di Missouri beberapa hari lalu akhirnya berjaya dicekup pihak berkuasa.

Cody Pfister, 26, ditahan selepas videonya tular di media sosial.

Dia didakwa atas tuduhan membuat ancaman keganasan selepas merakam perbuatan menjilat barang di sebuah pasar raya sambil berkata 'Siapa takut dengan koronavirus?'.

Rakaman berdurasi lima saat yang dilakukan di pasar raya di Warrenton, Missiouri, menunjukkan suspek menanggalkan topeng muka sambil  menjelirkan lidah dan menjilat barangan di rak sambil melihat kamera.

Pihak berkuasa di Warrenton berkata mereka menerima aduan dari orang ramai termasuk rakyat Belanda, Ireland dan United Kingdom.

Kenyataan polis berkata: "Kami mengambil aduan-aduan ini dengan sangat serius dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang melaporkan video tersebut supaya isu itu dapat ditangani".  - Metro.co.uk

jilat, koronavirus, toiletries, pasar raya

Artikel Lain