suria

Bimbang dijangkiti Covid-19, lelaki kunci isteri dalam bilik air

Lelaki itu mengunci isterinya di dalam bilik air selepas mendakwa menerima nasihat tentang cara untuk mengelak dijangkiti virus tersebut.

SEORANG lelaki bertindak mengunci isterinya di dalam bilik air kerana bimbang dia positif koronavirus (Covid-19).

Lelaki dari Lithuania itu mendakwa dia mengunci isterinya selepas menerima nasihat daripada doktor tentang cara untuk mengelak dijangkiti virus itu.

Dia bimbang selepas mengetahui isterinya pernah bertemu dengan seorang wanita dari China yang baru tiba dari Itali.

Polis dikejarkan ke kediaman pasangan itu selepas seorang wanita tersebut memaklumkan dia dikunci suaminya di dalam bilik air.

Namun lelaki itu tidak ditahan dan isterinya mahu tindakan tegas dikenakan ke atas suaminya itu.

Wanita itu mendakwa dia menjalani ujian saringan pengesanan Covid-19 tetapi hasilnya negatif.

Buat masa ini hanya satu kes wabak baharu itu dilaporkan di Lithuania, lapor Daily Mail.

Di United Kingdom 40 kes baru dilaporkan setakat ini. - Dailystar.co.uk

koronavirus, Covid-19, bilik air, kunci

Artikel Lain