suria

Kanak-kanak lelaki terima lebih 150,000 pengikut di Instagram selepas dibuli kerana review buku

Callum, 13, terkejut apabila menerima lebih 150,00 pengikut baru di Instagram. Foto: Metro

CALLUM Manning, 13, dari South Shields yang meluahkan pendapat dan pengalamannya di Instagram selepas membaca buku dan novel berasa sangat kecewa apabila rakan-rakannya mengejek perbuatannya itu di media sosial.

"Setiap kali diejek, saya tidak rasa untuk menangis tetapi kali ini saya berasa sangat sedih," katanya.

Perbuatan tidak berhati perut rakannya itu mula mendapat perhatian netizen selepas kakaknya, Ellis Landreth meluahkan perasaan sedih Callum di Twitter.

Ellis memuat naik gambar Instagram milik Callum berserta kapsyen "tak sangka kanak-kanak seteruk ini. Adik saya hanya bercakap tentang buku dan mendapat ejekan daripada rakan-rakannya," katanya di Twitter.

Kakaknya yang berusia 24 tahun itu pada mulanya beranggapan hanya 20 hingga 30 orang yang akan membaca tweet itu.

Namun, dalam beberapa jam sahaja adiknya mendapat beribu-ribu pengikut baru di laman sosial Instagram.

Ramai yang membaca tweet tersebut dan berpendapat perbuatan buli itu adalah salah.

Instagram milik Callum kini mencecah 232,000 pengikut.

Sehingga kini, akaun Instagram tersebut telah mencapai 150,000 pengikut baru.

Terdapat beberapa kedai buku, penulis, pengeluar serta orang awam yang menawarkan buku-buku kepada Callum sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Ibu Callum, Carla Landreth berkata anaknya merupakan seorang kanak-kanak yang sangat bijak.

"Dia bukan seperti kanak-kanak lain. Callum gemar membaca buku-buku berkaitan jenayah.

"Hampir semua buku dibaca oleh Callum," ujar ibunya.

Landreth berharap kisah anaknya dapat dijadikan iktibar kepada orang ramai serta menggesa perbuatan buli perlu dihentikan. - Mirror

buli, Instagram, novel

Artikel Lain