suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli majlis penasihat Khamenei meninggal dunia dijangkiti Covid-19

Seyyed Mohammad Mirmohammadi (kiri) meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Foto: [email protected]

SEORANG ahli majlis penasihat pemimpin tertinggi Iran meninggal dunia selepas dijangkiti koronavirus.

Seyyed Mohammad Mirmohammadi meninggal dunia pada usia 71 tahun di sebuah hospital di Tehran, demikian menurut berita yang disiarkan stesen radio negara tersebut.

Mirmohammadi menjadi pegawai tertinggi Iran pertama yang meninggal dunia kerana dijangkiti wabak tersebut.

Beliau menganggotai sebuah badan yang berperanan memberi nasihat kepada pemimpin spiritual tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

Selain Mirmohammadi, dilaporkan terdapat beberapa pegawai kerajaan yang turut dijangkiti wabak berkenaan dan sedang dirawat.

Iran menjadi negara yang mencatatkan korban tertinggi di luar China, angkara koronavirus.

Setakat Isnin, negara itu melaporkan 978 kes yang disahkan koronavirus, dan merekodkan 54 kes kematian. - Metro.co.uk

Iran, Khamenei, Covid-19

Artikel Lain