suria

Uber tampil kelainan, bakal terbangkan 1,000 helikopter di ruang udara Melbourne tahun ini

Melbourne menjadi salah satu daripada tiga bandar yang dipilih sebagai lokasi Uber Air. Foto: Uber

KEMUDAHAN e-hailing biasanya melibatkan kereta dan motosikal.

Namun, kelainan ditonjolkan oleh Uber yang bakal memperkenalkan perkhidmatan helikopter bermula tahun ini.

Uber telah menjalankan beberapa ujian penerbangan sebelum ini iaitu di Melbourne, Los Angeles dan Dallas yang kedua-duanya terletak di Australia.

Menurut laporan yang dihasilkan menerusi ujian tersebut, helikopter akan terbang pada ketinggian 457 meter dengan kelajuan 241 hingga 321 kilometer sejam.

Uber bercadang menggunakan helipad elektrik untuk pendaratan dan penerbangan helikopter. Foto: Uber

Menurut Uber, tahap kebisingan helikopter tersebut adalah 67 desibel ketika helikopter mencapai ketinggian 75 meter.

Tahap kebisingan ini boleh disamakan dengan bunyi penyedut habuk (vacuum cleaner).

Berdasarkan penerbangan sebelum ini, Uber memerlukan sebanyak 1,000 helikopter dan 83 tempat pendaratan atau helipad supaya perniagaan ini mendatangkan keuntungan.

Lakaran pelukis menunjukkan tempat Uber Air berlepas. Foto: Uber

Ahli Parlimen Victoria, Robin Scott, memuji rancangan tersebut untuk dijadikan sebahagian daripada sistem pengangkutan di Melbourne.

"Melbourne merupakan tempat yang sesuai untuk perkhidmatan pengangkutan udara.

"Terdapat banyak syarikat dan pejabat bertaraf global di bandar ini yang beroperasi 24 jam dan Australia semestinya sebuah negara yang selangkah ke hadapan," ujar Scott. - ABC

Uber, Melbourne, Australia, e-hailing

Artikel Lain