suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara pembedahan plastik murah... hasil tak menjadi, wanita terpaksa keluarkan kos lebih besar buat ‘pembetulan’

Kimberly terpaksa mengeluarkan belanja yang besar untuk membuat pembedahan rekonstruktif selepas mengalami masalah gara-gara pembedahan plastik murah yang dilakukannya. Foto: BBC

SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang sedang ditanggung oleh seorang wanita gara-gara mahu berjimat untuk melakukan pembedahan plastik yang lebih murah.

Kimberley Sadd, 27, pada mula terbang ke Turki untuk melakukan pembedahan plastik di bahagian perut dan implan payudara.

Ini kerana kos melakukan pembedahan plastik di negara berkenaan berjumlah kira-kira £6,000 (RM32,414.00) berbanding United Kingdom di mana ia akan menelan belanja sekitar £10,000 (RM54,023.39).

Bagaimanapun, dia mengalami pelbagai masalah selepas menjalani pembedahan di beberapa bahagian tubuh badannya.

Sadd dalam temuramah bersama BBC memberitahu: "Saya kembali ke hotel (selepas pembedahan) saya dan saya hanya melihat darah di sekitar pad yang membalut, manakala kelihatan jahitan muncul di sekitar puting payudara saya".

Disebabkan keadaan itu, dia terpaksa membelanjakan kira-kira £10,000 lagi untuk melakukan pembedahan rekonstruktif payudaranya. - Dailystar

Artikel Lain