suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing diuji positif Covid-19 di Hong Kong... kes pertama babitkan haiwan!

Yvonne Chow bersama anjing peliharaannya yang dijangkiti Covid-19. Foto: Metro.co.uk

PELIK tapi benar!

Itulah yang berlaku apabila seekor anjing baka Pomeranian disahkan dijangkiti wabak koronavirus atau Covid-19.

Dilaporkan, anjing tersebut mendapat penyakit itu daripada pemiliknya yang menetap di Hong Kong.

Pemiliknya, Yvonne Chow Hau Yee membawa anjing peliharaannya ke klinik haiwan di kawasan Happy Valley di bandar itu, sebelum ujian daripada sampel yang diambil daripada mulut dan hidungnya mengesahkan ia dijangkiti wabak berkenaan.

Seperti manusia, anjing itu diletakkan dalam tempoh kuarantin selama 14 hari.

Pegawai di Jabatan Pertanian, Perikanan dan Pemuliharaan mengarahkan supaya anjing itu diletakkan di kemudahan kuarantin di Hong Kong yang mana keadaannya akan dipantau dan ia akan terus diuji.

Dipercayai ini adalah kes pertama seumpamanya di mana seekor haiwan peliharaan dijangkiti penyakit yang kini sudah mengorbankan ribuan nyawa di China itu. - Metro.co.uk

anjing, Covid-19

Artikel Lain