SEPASANG rakan karib ini mempunyai hubungan yang amat rapat seperti pasangan kembar. Namun siapa sangka, kedua-dua wanita ini sememangnya merupakan adik beradik! Ashley Thomas, 31, dan Toya Wimberly, 29, mendapat tahu mengenai perkara tersebut hanya selepas 17 tahun menjalin persahabatan sejak di bangku sekolah. Perkara tersebut terbongkar gara-gara sekeping gambar pertunangan Toya. Rakan baik kepada mendiang ibu Ashley terperasan wajah bapa Toya iaitu Kenneth dalam gambar pertunangan yang dimuat naik di Facebook. Kenneth kemudian menyedari bahawa mendiang ibu Ashley adalah bekas kekasihnya, di mana ada kemungkinan bahawa dia adalah bapa kandung kepada rakan baik anaknya itu. Mereka menjalankan ujian DNA untuk mengesahkan pertalian darah tersebut. Seminggu kemudian, keputusan ujian DNA mengesahkan bahawa sememangnya Kenneth adalah bapa kandung Ashley. Mengimbas kembali saat mengetahui berita tersebut, Toya berkata: 'Seminggu kemudian, keputusan ujian DNA keluar. Ayah saya memberitahu, Ashley adalah kakak saya. Saya menangis kerana terharu'. - Metro.co.uk