suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera AS minum darah ular tedung, makan tarantula dalam sesi latihan di Thailand

Antara foto sewaktu latihan itu baru-baru ini. foto: RUNGROJ YONGRIT/EPA-EFE/REX.

TIADA apa yang mustahil untuk dilakukan.

Itulah yang dapat digambarkan mengenai keberanian luar biasa tentera Amerika Syarikat (AS) menerusi sesi latihan di Thailand baru-baru ini.

Menerusi foto yang dikongsi, mereka kelihatan sedang meneguk darah ular tedung.

Malah, haiwan berbisa seperti tarantula dan kala jengking turut menjadi santapan mereka sewaktu sesi latihan itu.

Bukan sekadar makan, mereka turut diajar cara untuk membuang bisa haiwan berkenaan.

Sesi latihan itu disertai 4,500 tentera AS.

Ia merangkumi tiga komponen latihan termasuklah latihan padang, bantuan kemanusiaan dan kawalan bencana. - Daily Star.

 

Artikel Lain