suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu bapa benarkan anak 11 tahun pandu kereta gara-gara bosan tabiat main permainan video GTA

Kereta jenis Vauxhall Astra berwarna merah yang dipandu kanak-kanak berusia 11 tahun itu.

SEORANG budak lelaki berusia 11 tahun ditahan polis ketika memandu sebuah kereta.

Lebih mengejutkan ibu bapanya didakwa membenarkan kanak-kanak itu memandu kereta kerana mereka cuba menghentikan tabiatnya yang gemar bermain permainan video Grand Theft Auto (GTA) sepanjang hari.

Polis di Blackpool, Lancashire terkejut ketika terserempak dengan kanak-kanak itu di dalam sebuah kereta Vauxhall Astra berwarna merah di pusat bandar.

Ketika pegawai menghentikan kenderaan tersebut, seorang ahli keluarga kanak-kanak tersebut memberitahu polis bahawa ibu bapanya bosan dengan tabiatnya yang gemar bermain permainan video.

Jadi mereka membuat keputusan untuk membenarkannya belajar memandu.

Akibatnya ibu bapa kanak-kanak itu turut dikenakan saman trafik.

Di United Kindgom, sesiapa saja boleh memohon lesen memandu sementara apabila berusia 15 tahun sembilan bulan.

Di sana anda boleh memandu ketika berusia 17 tahun. - Dailystar.co.uk

memandu, bawah umur, polis, saman trafik

Artikel Lain