suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa dipenjara 20 tahun gara-gara bunuh anak perempuan‘kaki parti’

Lekaj bersama anak perempuannya.

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan.

Begitulah yang dapat menggambarkan perilaku seorang lelaki yang disahkan bersalah membunuh anak gadisnya yang berusia 20 tahun.

Berusia 49 tahun, Petrij Lekaj membunuh anaknya gara-gara sikap gadis itu yang suka bersosial dan keluar berparti.

Selepas melakukan perbuatan kejam itu, Lekaj memandu kereta sambil membawa mayat anaknya sebelum ditahan polis.

Kata lelaki itu, dia tidak berniat membunuh gadis itu sebaliknya hanya ingin menakutkannya sahaja.

Kejadian itu berlaku di Adelaide, Australia pada Julai lalu.

Selain jenayah bunuh, Lekaj turut disabitkan atas kesalahan pengedaran dadah jenis heroin pada tahun 1994.

Pada 2007, Lekaj pernah ditahan atas kesalahan memiliki ganja.

Kata hakim mahkamah, Trish Kelly, ia cukup ironik bagaimana Lekaj marah anaknya berparti sedangkan dia merupakan seorang pengedar dadah. - Daily Star.

 

Artikel Lain