suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tak mahu Covid-19 awak di negara saya” - Pelajar Asia di London diserang kumpulan rasis

Seorang pelajar warga Singapura yang belajar di London dipukul susulan komen berkaitan Covid-19. Foto Jonathan Mok

SEORANG pelajar dipukul oleh sekumpulan rasis sehingga mukanya berlumuran darah, susulan komen yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka mengenai koronavirus (Covid-19).

Pelajar warga Singapura, Jonathan Mok, 23, yang menyambung pengajian di UCL di London, United Kingdom sejak dua tahun diberitahu bahawa kumpulan tersebut tidak mahu Covid-19 berada di negara mereka.

"Saya tidak mahu koronavirus awak di negara saya," kata mereka sebagaimana yang dimaklumkan kepada Jonathan.

Menurut Jonathan, dia dipukul oleh sekumpulan antara tiga dan empat lelaki bersama seorang wanita, semasa berjalan di Oxford Street, pada 24 Februari lalu.

Serangan tersebut bermula apabila Jonathan memalingkan mukanya kepada kumpulan itu sebaik mendengar mereka memberikan komen mengenai Covid-19.

Seorang lelaki berkata: "Jangan kamu berani pandang saya."

Lelaki itu kemudian menumbuk muka Jonathan.

Doktor memberitahu bahawa dia mungkin memerlukan pembedahan selepas mengalami keretakan pada tulang wajahnya.

Jonathan merupakan mangsa warga Asia yang terbaharu dalam serangan berbaur rasis, susulan penularan virus itu. - Metro

Artikel Lain