suria

Pakar beri amaran Covid-19 lebih teruk dari ancaman keganasan global... mampu jangkiti 60 peratus populasi dunia jika tak dikawal

Pakar memberi amaran bahawan ancaman Covid-19 menimbulkan ancaman global yang lebih besar daripada keganasan. Foto: AP/Reuters

PAKAR memberi amaran dengan mendakwa wabak koronavirus atau Covid-19 mampu membunuh 45 juta orang kerana ia digelar sebagai 'ancaman global yang lebih besar daripada keganasan'.

Pakar percaya setiap orang yang diuji positif dengan wabak berkenaan akan terus menjangkiti lebih ramai orang, malah  didakwa mampu menjangkiti 60 peratus penduduk dunia jika ia tidak dikawal.

Profesor Gabriel Leung, pengerusi perubatan kesihatan awam di Universiti Hong Kong, memberi amaran bahawa pesakit yang dijangkiti namun tidak pernah mengunjungi China diibaratkan sebagai 'jumlah yang kecil namun mempunyai impak yang besar pada dasarnya'.

Amaran tersebut disuarakan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan Covid-19 sebagai 'musuh paling buruk' dan menimbulkan ancaman global yang lebih besar daripada keganasan.

WHO mendesak agar dunia 'bangun' dan menjadi seagresif yang mungkin dalam usaha untuk menangani penyebaran wabak berkenaan.

Sehingga Khamis, jumlah angka korban di China meningkat kepada 1,355 kes manakala jumlah kes baharu yang dilaporkan pula mencecah 60,000 kes. - Metro.co.uk

Artikel Lain