suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar pesalah rogol kanak-kanak dibogel, dipukul... kepala dimasukkan dalam tandas

SATU rakaman yang dibuat di sebuah penjara menunjukkan seorang pesalah rogol dibogelkan dan dipukul, sebelum kepalanya dimasukkan ke dalam mangkuk tandas.

Pesalah berusia 21 tahun itu dipercayai menjalani hukuman di penjara HMP Pentonville di utara London, United Kingdom.

Kejadian tersebut dilakukan oleh sekumpulan banduan.

Banduan tersebut merayu berkali-kali meminta belas kasihan apabila disebat menggunakan kabel dan dibogelkan di hadapan tandas yang kotor.

Menerusi rakaman itu, pemuda tersebut kedengaran menjerit sewaktu kepalanya ditolak masuk ke dalam mangkuk tandas.

Pemuda berkenaan disabitkan hukuman penjara kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pangsapuri di utara London.

Dalam kejadian itu, dua lagi lelaki memaksa mangsa melakukan seks oral.

Kementerian Kehakiman sedang menyiasat insiden itu. - Metro

Artikel Lain