suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jualan daging kelawar laris walaupun Covid-19 terus menular, hidangan kari disukai ramai

Seorang lelaki membeli kelakar di Indonesia. Foto Getty Images

HIDANGAN kelawar masih mendapat permintaan yang menggalakkan meskipun koronavirus (Covid-19) dikhuatiri berpunca daripada haiwan itu, kata peniaga.

Saintis mengaitkan kelawar dengan koronavirus, apabila mengatakan wabak penyakit yang membawa maut itu berpunca daripada haiwan-haiwan mamalia sebelum tansmisi jangkitan kepada manusia.

Virus tersebut disebarkan daripada haiwan kepada manusia adalah amat berbahaya kerana badan manusia tidak mempunyai antibodi untuk melawannya.

Walaupun virus itu menular ke seluruh dunia dan lebih 45,000 orang dijangkiti, namun peniaga di Indonesia berkata, jualan kelawar dan hidangan kari kelawar masih menjadi kesukaan ramai.

Seorang peniaga, Stenly Tumbuleng yang berasal dari Tomohon di Sulawesi, Indonesia berkata, dia boleh menjual kelawar sehingga mencecah 60,000 ekor setiap hari.

Malah pada musim perayaan, dia mendakwa boleh menjual sehingga 600 ekor kelawar.

Timbuleng berkata: "(Koronavirus) tidak menjejaskan jualan. Malah, jualan berterusan.

"Ia sentiasa laris," katanya. - Daily Star

kelawar, koronavirus, Covid-19

Artikel Lain