suria

Jumlah kematian Covid-19 meningkat kepada 1,355 selepas China ubah cara pengiraan kes

Jumlah kematian di China meningkat kepada 1,355 kes dan jumlah jangkitan di seluruh negara itu pula dilaporkan mencecah 60,000 kes.

ANGKA korban dan kes baharu wabak koronavirus Covid-19 meningkat secara drastik pada Khamis selepas pihak berkuasa China mengubah cara mereka mengira pesakit yang terkena jangkitan.

Wilayah tengah Hubei yang paling teruk terjejas, melaporkan 242 kes kematian hanya dalam sehari dan 14,840 pesakit baru, di mana ia adalah angka terbesar yang direkodkan dalam masa sehari sejak krisis tercetus bulan lalu.

Sehingga kini jumlah kematian meningkat kepada 1,355 kes dan jumlah jangkitan di seluruh China pula dilaporkan mencecah 60,000 kes.

Ia hanya beberapa jam selepas Presiden Xi Jinping berkata "keputusan positif" dari langkah-langkah drastik kerajaan untuk mengekang virus itu dan pakar terkemuka tempatan meramalkan wabak ini akan memuncak pada bulan ini.

Pegawai di Hubei berkata mereka memperluaskan definisi untuk kes-kes Covid-19 dengan memasukkan individu yang "didiagnosis secara klinikal" bagi virus berkenaan ke dalam pengiraan harian.

Ini bermakna para pegawai boleh menggunakan pengimejan paru-paru pada kes yang disyaki untuk mendiagnosis virus, dan bukan ujian asid nukleik standard. - THE STAR

Covid-19, China, Hubei

Artikel Lain