suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Filipina catat kes kematian pertama di luar China akibat koronavirus

Rakyat Filipina mengambil langkah berjaga-jaga memakai topeng muka bagi mengelakkan dijangkiti wabak koronavirus. Foto: Getty

SEORANG lelaki dilaporkan meninggal dunia di Filipina akibat wabak koronavirus, menjadikan ia sebagai kes kematian pertama angkara wabak tersebut di luar China.

Lelaki berusia 44 tahun itu adalah rakyat China dari bandar Wuhan yang menjadi pusat penyebaran wabak membawa maut itu.

Dia dilaporkan dimasukkan ke Hospital Manila pada 25 Januari selepas menunjukkan simptom demam, batuk dan sakit tekak.

Walaupun mengalami radang paru-paru yang teruk, mangsa pada mulanya stabil dan 'menunjukkan tanda-tanda peningkatan'.

Bagaimanapun keadaannya mula merosot dalam tempoh 24 jam sebelum meninggal dunia, demikian menurut kenyataan dari Jabatan Kesihatan Filipina.

Sementara itu seorang wanita berusia 38 tahun yang tiba di Filipina dari China bersama mangsa, diuji positif untuk wabak tersebut dan ditempatkan di wad pengasingan hospital di Manila.

Angka kematian di China akibat wabak tersebut kini mencatatkan sekurang-kurangnya 304 kes setakat Ahad. - Metro.co.uk

Filipina, Wuhan, China, koronavirus

Artikel Lain