Lelaki tikam orang awam di selatan London mati ditembak polis

Pegawai polis dilihat berada berhampiran tempat kejadian insiden ganas yang menyaksikan seorang lelaki menikam orang awam di sebatang jalan di Streatham. Foto: PA

SEKURANG-KURANGNYA tiga individu dilaporkan cedera, dengan seorang daripadanya dalam keadaan kritikal selepas ditikam oleh seorang lelaki di Streatham, selatan London, pada Ahad.

Polis mengesahkan suspek lelaki yang melakukan serangan berkenaan telah ditembak mati.

Jurucakap Polis Metropolitan berkata: "Seorang lelaki telah ditembak oleh pegawai bersenjata di Streatham. Dipercayai beberapa orang menjadi mangsa tikaman.

"Keadaan semasa sedang disiasat, insiden ini diisytihar sebagai berkaitan dengan pengganas,"katanya.

Seorang pelajar berusia 19 tahun dari Streatham mendakwa telah menyaksikan insiden tembakan tersebut.

"Saya sedang menyeberang jalan ketika terlihat seorang lelaki dengan kanister perak di dadanya sedang dikejar oleh pegawai polis yang memakai pakaian biasa. Lelaki itu kemudian ditembak," kata pelajar tersebut sambil menambah, dia mendengar sekurang-kurangnya tiga das tembakan. - Metro.co.uk

Streatham, selatan London, tembak, tikam

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain