suria

Belum reda dengan koronavirus, China diserang virus H5N1 pula... lebih 4,000 ekor ayam mati

Virus H5N1 setakat ini telah menyebabkan lebih 4,000 ekor ayam di sebuah ladang di bandar Shaoyang mati. Foto: Reuters

KETIKA China sedang sibuk menangani penularan wabak novel koronavirus ketika ini, negara itu melaporkan satu lagi kes penularan virus iaitu selsema burung H5N1.

Dilaporkan, virus itu bermula di sebuah ladang di bandar Shaoyang, yang terletak di wilayah selatan Hunan.

Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar China dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan setakat ini 4,500 ekor ayam telah mati di ladang yang menempatkan 7,850 ekor ayam.

"Pihak berkuasa tempatan telah bertindak menyembelih sejumlah 17,828 ayam," menurut kenyataan itu lagi.

Virus H5N1 minggu lalu menyerang India, dengan pihak berkuasa di negara itu mula memusnahkan ayam dan telur untuk menangani penularan virus berkenaan.

Virus H5N1 mula dilaporkan ketika pihak berkuasa China terus giat berusaha menyekat penyebaran koronavirus yang setakat ini sudah mengorbankan lebih 300 orang.

Tiada kes jangkitan virus H5N1 ke atas manusia dilaporkan ketika ini.- CNA

virus, selsema burung, H5N1, koronavirus

Artikel Lain