suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara terlampau aktif, doktor tertoreh pipi bayi ketika dilahirkan secara pembedahan

Doktor tertoreh pipi seorang bayi tanpa sengaja ketika dilahirkan secara pembedahan.

SEORANG bayi mengalami luka di pipi selepas tertoreh tidak sengaja oleh doktor ketika ibunya bersalin melalui kaedah pembedahan.

Darya Kadochinikova, 19, sepatutnya bersalin secara normal di sebuah hospital di barat Rusia.

Namun doktor terpaksa melakukan pembedahan kecemasan selepas kedudukan bayi itu songsang.

Selepas diberikan ubat bius Kadochinikova tertidur dan sebaik sahaja bangun dia terkejut selepas melihat keadaan luka dipipi anak perempuannya itu.

Ibu muda itu dimaklumkan doktor bahawa luka itu berlaku disebabkan bayinya terlampau aktif ketika pembedahan dilakukan.

Malah Kadochinikova dilaporkan demam selepas pembedahan itu.

Hospital bagaimanapun belum membuat sebarang kenyataan berhubung insiden itu. - Metro.co.uk

luka, pipi, bayi, tertoreh, pembedahan, bersalin

Artikel Lain