suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Koronavirus: Angka kematian di China meningkat, kes baharu juga bertambah

Setakat Jumaat, angka kematian di China akibat wabak novel koronavirus mencecah 259 orang.

ANGKA kematian akibat wabak novel koronavirus di China semakin meningkat.

Pada Jumaat, sebanyak 46 kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kematian dicatatkan sebanyak 259 setakat ini.

Kedutaan China di Malaysia dalam status terkini yang dimuat naik media sosial Facebook pada Sabtu menyatakan, 45 kematian baharu dicatatkan di pusat wabak berkenaan berlaku di Wilayah Hubei manakala satu kematian direkodkan di bandar Chongqing pada malam Jumaat.

Pada hari yang sama, China melaporkan sebanyak 2,102 kes baharu disahkan dengan 268 kes kritikal, menjadikan sebanyak 11,791 kes jangkitan disahkan setakat ini.

“Sehingga jam 12 malam 31 Januari, Suruhanjaya Kesihatan Negara menerima sejumlah 11,791 kes (masing-masing kurang satu kes selepas pengesahan di Wilayah Jiangxi, Shaanxi dan Gansu) dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,795 kes serius, 259 kematian, dan 243 orang dibenarkan keluar hospital,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, sebanyak 17,988 orang disyaki dijangkiti setakat ini.

Sementara itu, seramai 136,987 keluarga pesakit sudah dikesan, 6,509 orang dibenarkan keluar daripada pemantauan perubatan dan 118,478 masih dikuarantin. - BERNAMA

koronavirus, China

Artikel Lain