suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miliki 31 jari tangan dan kaki, wanita berkurung dalam rumah selepas digelar jiran ahli sihir

Kumari menderita penyakit itu selama 63 tahun.

SEORANG wanita yang dilahirkan dengan 31 jari tangan dan kaki menghabiskan sepenuh hidupnya berkurung di dalam rumah selepas digelar ahli sihir oleh jirannya.

Kumari Nayak, 63, mengalami polidaktil iaitu sejenis penyakit yang membuatkan penghidapnya memiliki jari melebihi normal.

Keadaan itu menjejaskan kehidupan Kumari sehingga dia terpaksa berkurung di dalam rumah sepanjang masa.

Kumari tidak mempunyai wang untuk menjalani rawatan dan mendakwa jirannya menggelar dirinya ahli sihir kerana keadaannya itu.

"Saya lahir dengan kecacatan ini dan saya tidak mampu pergi ke klinik kerana keluarga saya miskin.

"Saya sudah menderita penyakit ini selama 63 tahun. Jiran-jiran percaya saya ahli sihir dan sering menyisihkan saya.

"Akibatnya saya terpaksa berkurung di dalam rumah kerana dilayan teruk orang sekeliling," katanya yang berasal dari Odisha, India. - Metro.co.uk

ahli sihir, Kumari Nayak, polidaktil

Artikel Lain