suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima bayi diberi susu badan dicampur morfin, hospital mohon maaf

Kelima-lima bayi itu kini dilaporkan stabil.

SEORANG jururawat ditahan selepas didakwa cuba meracun lima bayi dengan morfin di sebuah hospital di Jerman.

Salah seorang daripada mereka mengalami masalah kesukaran bernafas dan bahan terlarang ditemui di dalam air kencing bayi tersebut.

Picagari mengandungi susu badan dicampur morfin ditemui di dalam sebuah almari di hospital tersebut.

Menurut laporan Spiegel, kesemua bayi itu diberi susu badan yang sudah diracun dan jururawat tersebut didakwa atas pertuduhan cuba membunuh.

Dalam satu kenyataan media, hospital berkenaan berkata:"Disebabkan tindakan segera hospital, kesemua bayi itu kini dalam keadaan stabil dan boleh bernafas sendiri." 

Kelima-lima bayi yang diracun itu berusia antara sehari hingga lima minggu.

Tiga daripada mereka terpaksa diberi bantuan oksigen.

Susulan insiden itu hospital terbabit memohon maaf kepada keluarga mangsa. - Mirror.co.uk

susu badan, morfin, jururawat

Artikel Lain