suria

Lelaki separuh bogel jatuh dari tingkap apartmen, netizen buat spekulasi mungkin 'lari dari suami skandal'

Lelaki itu bernasib baik kerana terjatuh di atas bumbung sebuah kereta.

SATU rakaman video yang tular menunjukkan seorang lelaki terjatuh dari tingkap sebuah apartmen dalam keadaan separuh berbogel dan hanya berstokin.

Lelaki itu bernasib baik kerana terjatuh di atas bumbung sebuah kereta.

Insiden itu dipercayai berlaku di Switzerland dan dikongsi di Snapchat dan Reddit sehingga ditonton lebih 30,000 kali.

Rata-rata netizen berpendapat lelaki itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang tinggal di apartmen tersebut.

Malah lelaki itu terpaksa melarikan diri kerana suami atau teman lelaki skandalnya itu pulang ke rumah.

Namun persoalan netizen terjawab apabila pemilik premis itu, Daniel Ulmer menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

"Lelaki itu sebenarnya melarikan diri daripada polis," katanya.

Polis di Switzerland mengesahkan ada insiden di premis itu tahun lalu tetapi video tersebut hanya tular baru-baru ini. - Dailystar.co.uk

separuh bogel, video tular, skandal

Artikel Lain