SEORANG budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dibawa ibu bapanya bertemu doktor untuk berkhitan. Mangsa meninggal dunia di wilayah Assiut, Mesir. Pihak berkuasa kini mengarahkan penahan ibu bapa mangsa dan doktor yang melakukan prosedur tersebut. Pada 2008, sebuah undang-undang melarang proses itu dilakukan dikalangan budak perempuan telah diluluskan di Parlimen. Soal selidik dilakukan kerajaan Mesir pada 2015 mendapati kira-kira 87 peratus gadis dan wanita berusia 15 dan 49 tahun telah dikhitan. Beberapa tahun kebelakangan ini, kes kematian kanak-kanak perempuan selepas menjalani proses itu menjadi tajuk berita utama di Mesir. Pada Disember 2016, dua doktor dan ibu kepada seorang gadis berusia 17 tahun yang meninggal dunia selepas berkhitan dijatuhi hukuman oleh mahkamah jenayah.