suria

‘James Bond’ ditahan kerana kurung empat kanak-kanak dalam sangkar kayu

James Bond (gambar kecil) bersama dua wanita ditahan polis atas dakwaan melakukan penderaan kanak-kanak, dengan mengunci mangsa di dalam sangkar kayu. Foto: Pejabat Lee County Sheriff

TIGA individu termasuk seorang lelaki bernama James Bond ditahan polis atas dakwaan melakukan penderaan kanak-kanak, dengan mengunci mangsa di dalam sangkar kayu di sebuah rumah di Lee County, Florida.

Pegawai yang menjalankan siasatan di lokasi menemui kanak-kanak berusia tiga, empat, 10 dan 11 tahun.

Polis percaya bahawa setiap daripada mereka ditempatkan di dalam kandang yang diletakkan di pelbagai sudut di rumah berkenaan.

Polis berkata bahawa sangkar itu diperbuat daripada kayu dan dikunci.

Seorang bayi berusia 8 bulan juga ditemui di rumah itu.

Berikutan penemuan yang mengejutkan itu, polis mengeluarkan waran dua hari kemudian.

Pihak polis menahan tiga individu iaitu Pamela Bond, 66; James Bond, 69 , dan Kylla Mann yang berusia 30 tahun.

James Bond, dari Smiths Station, didakwa dengan dua tuduhan penyalahgunaan kanak-kanak yang berusia kurang daripada 6 tahun dan dua tuduhan mendatangkan bahaya secara melulu. - Dailystar

sangkar kayu, James Bond, Florida, kurung

Artikel Lain