suria

Kejam! Lelaki bunuh kenalan aplikasi temu janji, siap makan buah zakarnya

Mark Latunski (kiri) dilaporkan membunuh Kevin Bacon (kanan) selepas bertemu dengannya menerusi aplikasi temu janji Grindr. Foto: Shiawassee County Sheriff’s Office/Facebook)

KEJAM! Itulah yang dapat digambarkan apabila seorang lelaki tergamak membunuh kenalan yang ditemuinya menerusi sebuah aplikasi temu janji.

Apa yang lebih mengejutkan, dia malah memakan buah zakar mangsa, kata polis.

Mark Latunski, 50, dilaporkan membunuh Kevin Bacon, 25, selepas bertemu dengannya di Clayton Township, Michigan, pada malam Krismas yang lalu.

Dilaporkan, mayat Bacon yang juga seorang pendandan rambut ditemui tergantung dalam keadaan tanpa seurat benang berhampiran rumah Latunski.

Latunski dilaporkan mengaku membunuh Bacon dengan menikamnya di belakang, sebelum mengelar lehernya.

Dia juga dikatakan memberitahu polis bahawa dia memotong buah zakar Bacon dengan pisau, sebelum memakannya, lapor media tempatan.

Bacon dilaporkan hilang selepas tidak muncul untuk bersarapan bersama keluarganya pada hari Krismas lalu. - Metro.co.uk

buah zakar, Grindr, temu janji, Krismas

Artikel Lain