suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seriau! Budak kecil selamba meniti laluan sempit di tepi balkoni tingkat lima

Seorang kanak-kanak selamba berjalan meniti laluan sempit tepi balkoni tingkat lima di sebuah kawasan penginapan di Sepanyol. Foto: Dailystar/Twitter

SATU klip video memaparkan seorang kanak-kanak kecil yang selamba berjalan berulang-alik di tepi balkoni tingkat lima di sebuah bangunan menjadi tular di internet.

Tanpa pengawasan orang dewasa, kanak-kanak itu dilihat berjalan meniti laluan tersebut dan berulang alik di antara balkoni dengan tingkap di tepi bangunan tersebut.

Kanak-kanak berkenaan hanya memegang dinding agar tidak terjatuh.

Malah dia juga dilihat berjalan dengan selamba dan sesekali dilihat melompat.

Klip berdurasi 40 saat itu berakhir dengan kanak-kanak tersebut dilihat menjenguk ke dalam tingkap.

Dipercayai kejadian itu berlaku di lokasi percutian popular di Tenerife, Sepanyol. - Dailystar

balkoni, tingkat lima, Sepanyol, Tenerife

Artikel Lain