suria

Ibu mangsa buli dedah ribuan tumor pada badannya tidak berjangkit

Ashley Jernigan mengalami gangguan genetik sejak kecil. Foto Mercury Press & Media

SEORANG ibu yang badannya dipenuhi dengan ribuan tumor mendedahkan menjadi mangsa buli di jalanan.

Ashley Jernigan mengalami gangguan genetik sehingga menyebabkan ketulan dilihat di seluruh muka dan badannya.

Menurut ibu berusia 35 tahun itu, orang ramai sering memandangnya tanpa mempedulikannya.

Ashley yang merupakan ibu empat anak itu didiagnosis neurofibromatosis yang menyebabkan ketumbuhan tersebut.

Dia yang berasal dari Montgomery, Alabama di Amerika Syarikat (AS) berkata: "Dengan keadaan ini, anda masih boleh hidup seperti orang normal yang lain.

"Anda hanya perlu menangani isu buli.

Keadaan badan Ashley yang dipenuhi tumor. Mercury Press & Media

"Ia memerlukan kekuatan untuk tidak mempedulikan apa orang kata.

"Ia sukar, mencabar dan menyedihkan," katanya.

Dalam pada itu, Ashley mahu memaklumkan kepada orang ramai bahawa keadaannya itu tidak berjangkit. 

Dia bagaimanapun menolak untuk menjalani pembedahan untuk menanggalkan tumor itu kerana terdapat kemungkinan untuk ketulan itu tumbuh lebih besar.

"Ia boleh menjadi kanser, jadi saya perlu memantaunya.

"Saya bimbang tentang masa depan, tetapi saya cuba untuk tidak memikirkannya kerana ia menyedihkan," ujar Ashley. - Mirror

tumor, ketulan, kanser, buli

Artikel Lain