suria

Ibu ratah buah dada, jantung teman wanita anak untuk jadi kaya

Favour dibunuh dengan kejam.

SEORANG wanita bertindak memakan buah dada dan jantung teman wanita anaknya untuk ritual pemujaan dengan harapan menjadi kaya dalam masa singkat.

Bola Adeeko dikata turut menjamah bahagian badan mangsa, Favour Daley-Oladele untuk memenuhi aktiviti pemujaannya itu.

Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Favour dan hanya ingat dirinya makan daging kambing.

Polis mendakwa anak lelaki suspek, Owolabi membunuh Favour selepas membawa mangsa ke sebuah hotel di Nigeria, Afrika.

Dia kemudian dilaporkan membawa mayat pelajar berusia 22 tahun itu ke sebuah gereja.

Owolabi, 23, kemudian didakwa memukul kepala Favour sebelum seorang lelaki bernama Segun Phili yang mendakwa dirinya sebagai pastor menyembelih leher mangsa seperti seekor kambing.

Polis mendakwa Philip memasak buah dada dan jantung mangsa untuk dimakan Owolabi dan Bola dalam satu ritual pemujaan bagi menjadikan mereka kaya.

Bola kemudia mendakwa dia tidak tahu apa-apa mengenai kematian Favour.

Dakwanya, dia percaya daging yang disediakan anaknya dan juga pastor Philip adalah daging kambing.

Dan Bola mendakwa dia mengalami muntah berpanjangan selepas menikmati hidangan tersebut. - Dailystar.co.uk

Artikel Lain