suria

Enggan bayar tambang, pemandu teksi lepaskan semburan lada

Perbicaraan diadakan di Mahkamah Portsmouth Crown. Foto Basher Eyre

SEORANG pemandu teksi mengejar tiga wanita dan melepaskan semburan lada selepas mereka melarikan diri daripada membayar tambang sebanyak £7 (RM38).

Narcisse Assicome, 47, hilang sabar selepas sekumpulan penumpang menawarkannya £1 (RM5.40) sebelum melarikan diri dari kereta tanpa membayar tambang dalam satu kejadian di Portsmouth, Hampshire di United Kingdom.

Menerusi pendengaran Mahkamah Portsmouth, sekumpulan wanita itu tidak berhasrat untuk membayar dan Assicome telah bertindak sebagai pengajaran bahawa mereka tidak seharusnya berkelakuan dengan cara berkenaan.

Dia yang melepaskan satu daripada dua tin semburan lada yang dimilikinya secara haram, yang disimpannya di dalam teksi sebagai senjata untuk mempertahankan diri.

Dalam kejadian itu, dia mengejar Tia Simmons, Jessica Kubiak dan kawan mereka yang bertindak melarikan diri.

Bapa empat anak itu melepaskan semburan lada pada muka Simmons dan kemudian menyerang Kubiak sebelum kembali kepada Simmons dan melepaskan dua lagi semburan di bahagian muka dan mulut.

Menerusi pendengaran tersebut, Simmons dikhuatiri akan buta susulan serangan itu.

Hakim, William Ashworth menjatuhi hukuman penjara enam tahun kepada Assicome, dan mengarahkannya untuk melakukan kerja-kerja tanpa bayaran selama 150 jam dan membayar pampasan sebanyaj £50 (RM269) kepada setiap mangsa.

Lesen teksi Assicome juga dibatalkan oleh Majlis Perbandaran Portsmouth. - Mirror



semburan lada, teksi, tambang

Artikel Lain