suria

Wow! Pemuda mahu tukarkan pensel terpakai dengan wang tunai RM4 juta

Sebatang pensel yang akan ditukarkan kepada jutaan dolar. Foto MillionDolarPencil

SEORANG pemuda berusia 28 tahun dari Utara Ireland berharap untuk menukarkan pensel terpakainya dengan harga sejuta dolar (RM4 juta).

Dia bercadang untuk membuat satu siri dagangan secara berperingkat bagi meningkatkan nilai sehingga mencecah tujuh angka.

Hasil dagangan itu akan disumbangkan untuk kebajikan.

Dia menubuhkan akaun MillionDollarPencil di Instagram pada 13 Oktober lalu dan memulakan projek kitu dengan sebatang pense lama yang dijumpainya di dalam beg.

Menerusi posting pertama, dia menulis: "Di sinilah semuanya bermula, saya hanya perlu menukarkan pensel ini kepada sesuatu yang lebih bernilai, seperti pensel yang dalam keadaan lebih baik, atau sebatang pen atau sebatang pensel dengan pemadam.

Dia berjaya menukar pensel tersebut dengan cerut, sehingga menggerakkan satu siri pertukaran seterusnya. 

Dia kemundian menukarkan cerut dengan sebuah buku yang ditandatangani untuk satu set kiub Rubix kepada satu set cerut yang lebih besar, sehingga meningkatkan nilai itemnya dari anggaran 1 sen kepada $230. 

Menurutnya, dia mendapat idea tersebut daripada seorang penulis blog warga Kanada, Kyle MacDonald, yang menjadi terkenal pada 2006 ketika dia berjaya menukarkan klip kertas merah untuk sebuah rumah. - Metro

Artikel Lain