suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami ‘balas dendam’ lukis tatu gambar isteri berdengkur pada peha

James McGraw mendapatkan upah seorang pelukis tatu yang menghabiskan masa selama lapan jam untuk melukis ‘seni’ berkenaan pada bahagian tepi pahanya. Foto: Kennedy News And Media

GARA-GARA mahu ‘membalas dendam’ terhadap isterinya, seorang lelaki bertindak melukis tatu wajah wanita itu sedang tidur berdengkur.

James McGraw mendapatkan upah seorang pelukis tatu yang menghabiskan masa selama lapan jam untuk melukis ‘seni’ berkenaan pada bahagian tepi pahanya.

Tindakan James itu dilakukan bagi ‘membalas dendam’ selepas isterinya, Kelly memotong rambutnya dengan potongan yang pelik.

James berkata dia sangat berbangga memiliki tatu terbaharu itu sambil menambah: “Setiap kali saya melihat isteri saya sekarang saya hanya ketawa.

“Kami saling bermain membuat kejutan antara satu sama lain selama 24 tahun.

“Kini saya tidak tahu apa pula rancangan isteri saya” - Metro.co.uk

tatu, berdengkur, isteri, balas dendam

Artikel Lain