suria

Anjing mati gara-gara mata ditusuk pemutar skru, pemiliknya dakwa tahu identiti pembunuh

Seekor anjing mati sehari selepas matanya ditusuk dengan sebatang pemutar skru. Foto: Lee Eastridge/MetroUS

KEJAM! Itulah yang dapat digambarkan apabila mata seekor anjing ditusuk dengan sebatang pemutar skru sehingga menembusi mulutnya.

Menurut pemilik anjing itu, Lee Eastridge, 50, dia keluar sebentar ketika anjingnya, Smokey, diserang.

Seorang jiran yang terlihat keadaan Smokey berlumuran darah segera menghubungi Lee dan memintanya untuk segera pulang ke rumahnya yang terletak di Glade Spring, Virginia.

Petani itu segera membawa haiwan kesayangannya yang berusia tiga tahun itu ke klinik haiwan.

Dia bagaimanapun diberitahu oleh doktor haiwan bahawa pemutar skru itu telah tertusuk ke mata kanan Smokey dan menembusi bahagian atas mulutnya.

Lee pada mulanya diberitahu bahawa Smokey akan selamat dari kecederaannya, tetapi petani itu terpaksa menerima hakikat bahawa anjing peliharaannya mati sehari kemudiannya.

Lee mendakwa dia tahu orang yang membunuh Smokey, iaitu seorang lelaki tempatan yang terlibat dalam pertikaian kecil berkaitan anjing lelaki itu, sebulan sebelum kematian Smokey. - Metro.co.uk

anjing, pemutar skru, mata, Virginia

Artikel Lain