suria

Ketiadaan potret keluarga Putera Harry, Meghan Markle atas meja Ratu Elizabeth cetus tanda tanya

Ratu Elizabeth membuat ucapan sempena kedatangan Krismas.

BAGAIKAN menjadi tradisi tahunan, Ratu Elizabeth II akan membuat ucapan sempena kehadiran Krismas.

Begitu juga pada tahun ini yang mana sedutan ucapan itu disiarkan menerusi laman sosial Istana Kensington.

Namun yang paling mencuri tumpuan tentunya potret gambar yang diletakkan atas meja ucapan baginda ratu.

Beberapa bingkai gambar itu memaparkan ahli keluarga diraja Britain.

Ia memaparkan potret keluarga Putera William dan Kate Middleton, Putera Charles dan Camilla Parker Bowles, Putera Philip dan Raja George.

Yang tidak kelihatan, Putera Harry bersama isteri, Meghan Markle dan cahaya mata mereka.

Ketiadaan foto keluarga Putera Harry dalam rakaman itu pantas menjadi perbualan hangat orang ramai.

Menurut seorang komentetor diraja menerusi OprahMag.com, pemilihan foto itu memang sengaja dipilih namun ia tidak membawa maksud ada isu dalam kalangan keluarga diraja berkenaan.

Malah, foto Putera Harry dan Meghan turut dipaparkan dalam ucapak Krismas tahun lalu. - India Today.

Artikel Lain