suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tepis dakwaan cabul, akui dalam proses untuk tukar jantina

Kes cabul melibatkan lelaki itu berlaku pada di sebuah pub pada tahun 2014.

MAHKAMAH tinggi Delhi, India menolak rayuan seorang lelaki yang mahu prosiding ke atasnya digugurkan.

Dalam kes itu, lelaki berkenaan didakwa mencabul seorang wanita yang juga rakan sekerjanya.

Namun kata lelaki itu, dia tidak bernafsu ke atas mangsa kerana dia juga dalam proses untuk menukar jantina menjadi seorang wanita.

Mengakui naluri itu sudah wujud sejak kecil, lelaki itu menganggap dirinya seperti seorang wanita dan menganggap dia dan mangsa seperti adik beradik.

Dia juga hadir ke mahkamah dengan memakai pakaian wanita, berambut panjang dan mengenakan solekan wajah.

Kes ke atas lelaki itu bermula apabila laporan dibuat di sebuah balai polis.

Mangsa yang berusia 33 tahun enggan menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan mahu perbicaraan diteruskan.

Untuk rekod, kes cabul melibatkan lelaki itu berlaku pada di sebuah pub pada tahun 2014. - India Today.

cabul, tukar jantina, rakan sekerja

Artikel Lain